Blogger Layouts
Kau Manusia Kau Tak Boleh Ada Semua ....
7/3/2015

Sunday, March 17, 2013

When Me At National Service :D

Fuhhh ...fuhhh..fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ...Perghhhh , berhabuk gila babeng blog aku ni . Berapa lama aku tak guna , sampai bersawang jadinya . Teruk betul aku ni >.< ... Baiklah , lupa nak bagi salam ucapan . Assalamualaikum readers dan Salam 1 Malaysia(Malaysia Boleh) . Okay , seperti tajuk diatas , itulah yang aku nak cerita kat sini . Pada 4/1/2013 tepat pukul 9 pagi aku dah melapor sebagai pelatih Khidmat Negara dekat Padang Bandaran , Tg.Malim ... Kat sana macam2 orang aku tengok ragamnya sebelum berangkat bertolak . Ada yang sedih , menangis , happy and takde perasaan pun ada jugak . Aku duk sebelah Petol , merupakan kawan sekolah aku tapi lain kelas .Disebabkan aku berjanji dalam diri aku supaya pergi dan balik jangan tumpahkan air mata aku , akhirnya aku berjaya . Pergi dan balik aku tak menangis cuma sebak sikit je sebab tengok orang menangis . Bak kata Banu , aku ni hati kering katanya . Aku dapat PLKN dekat Kem Sentosa Chenderiang Tapah , Perak . Dekat je kan dengan Tg,Malim , 1 jam lebih dah sampai . Sampai sana aku excited ada , risau pun ada sebab takut takde kawan tapi Alhamdulillahhh , ada gak yang sudi berkawan dengan aku yang comel ni(okay aku perasaan) . Kat sana aku belajar macam2 terutama tentang diri sendiri . Aku ingatkan dah habis sekolah ni aku dah takde kelas nak pergi sebelum masuk mana2 universiti , rupa2 nya ada jugak kelas yang aku kena pergi . Siap kena pakai baju kelas lagitu ... Yang takleh blah kena pakai kasut kelas yang ala2 kasut perempuan nak pegi pejabat pakai . First2 tu aku agak kekok sebab kasut tu ada tumit yang agak tinggilah bagi aku , sebab aku ni tak berapa nak suka pakai kasut macam tu . Tapi apakan daya , takkan aku nak cari pasal dengan taknak pakai pulak kan . So ,pakai jela ....Dekat sini aku ada Kelas CB iaitu Character Build and Kelas KN(Kenegaraan) . Ramai tak suka masuk kelas tapi aku suka gila even mengantuk tapi macam2 benda aku belajar dari masuk kelas ni . Dengan kelas ni jugak lah aku belajar erti bekerjasama , bertanggunggjawab , jujur , ikhlas , dan banyak lagi . Dari kelas ni jugak aku berani menyuarakan pendapat aku , tak macam sebelum ni , aku cukup tak berani nak keluarkan pendapat even pendapat aku tu bernas dan boleh pakai . And kat Kem ni jugak aku belajar untuk tak cepat menuduh orang dan apa yang penting KERJASAMA dan KESABARAN yang TINGGI. Kat sini aku duduk dalam Kompeni warna merah iaitu kompeni Alpha . Blok aku adalah F1 dan aku adalah Ketua Platun F1 . Macam mana boleh jadi Ketua Platun pun aku taktau . Mungkin Allah nak jadikan aku ketua supaya aku dapat kawal budak dorm aku . Kat sini jugak aku sembahyang penuh , tak macam kat rumah . Lopong2 jadinya (aku jujur okay) ... Siap berjemaah lagi . Kat sini jugak aku baca Al-Mathurat hari2 after Maghrib and paling aku suka masa baca Doa Rabitah . Kat sini hari2 aku dengar ceramah , tak macam kat hostel dulu .. Hanya Isnin ngan Khamis je tapi kat sini hari2 ada . Best gilaaa , ustaz yang kasi ceramah pun boleh tahan COMELNYA !! Aku ingat lagi hari first aku datang sini , malam tu aku takleh tido and aku kena kacau dengan hantu . Takdelah kena kacau , just dia jalan dari hujung dorm ke hujung dorm dengan menyeret kakinya yang berantai itu . Dah lah aku takleh tido , mmg seram gila lah kan . Pastu , sampai kat aku boleh dia berhenti kejap dan jalan balik .nasib dia tak tegur aku , kalau tak memang aku ajak dia menyembanglah kan . Alang2 aku takleh tido , baik sembang ngan aku je . Kat sini aku rapat dengan budak dorm aku . Paling aku rapat dengan Zue , Eycha , Ika , Izzah , Eyra , Adele , Zyla , Kasyah , Myra , Nana and Banu . Yang lain pun aku rapat jugak macam Chinese and India tapi yang ni lagi rapat kot sebab maybe kami Malay and pergi mana2 selalu sama2 . Seronok kawan dengan deme sebab deme ni gila2 and taktau malu semua . Muka lawa tapi tak penah cover cun . Selamba badak deme je nak buat apa terutama Eycha dengan Adele . Antara yang lawa dalam group aku .Hari2 kat sini aku mesti dapat pelukan dan ciuman kasih sayang dari budak Chinese dorm aku . Sayang beno deme dekat aku kan , haha . Dekat sini macam2 aktiviti ada antaranya Permainan Kreativiti , Tali Tinggi , Kembara Halangan , Berenang , Karnival Sukan , Navigasi , War Cry , Nasyid , Pembinaan Pasukan and aktiviti last kteorg buat Wirajaya . Sumpah best gila . Kat sinilah aku berpengalaman solat pakai kasut Spike Boot and tido dalam hutan dengan kawan2 . Serius aku happy duduk sini . Kat sinilah aku bangun awak gila dan tido awal jugak . Kat rumah tak macam ni . Kat sinilah keje aku asyik kejut orang tido je . Dah nama pun Ketua Platun , so kenlaah bertanggungjawab . Ada ke budak dorm panggil aku Mak Yong dengan Singa , garang katanya . Kat kem ni jugak aku berpeluang merasa pegang dan menembak guna Senapang Colt M16 yang jarang2 orang dapat cuba . Alhamdulillahhh , dapat jugak aku merasa . Alhamdulillah sekali lagi sebab aku tercalon antara sepuluh wira dan wirawati terbaik . Even tak dapat jadi Wirawati Terbaik , aku tetap bersyukur sebab tercalon . Dah la aku sorang je ketua Platun time tu . Time temuduga takyah cakap lah , aku banyak gelak and sengih . Cuak kot .... Kat sini aku rahsiakan pekerjaan ayah aku sebagai polis and aku cakap kat deme yang ayah aku penoreh getah . Hal ini kerana , aku taknak orang ambik kesempatan keatas aku dengan pekerjaan ayah aku(skema tak ayat aku) . Tapi dua tiga hari sebelum tamat latihan aku kasitau deme perkara sebenar .Memori yang paling sedih waktu serah pangkat and salam2 tapi aku tak nangis . Pelik kan ...And now , latihan dah habis pada 16/3/2013. Aku pun dah ada kat rumah sekarang ni dan buat aktiviti harian aku kat rumah macam before aku pegi PLKN , iaitu duduk rumah membesarkan bontot yang memang dah tersedia besar ni . Sumpah aku rindu kawan2 PLKN aku . Saat aku tengah tulis ni pun aku still rasa macam aku kat kem tapi realitinya aku dekat rumah . Aku rindu nak kejutkan budak dorm , rindu nak marah2 deme , rindu nak berbaris kat padang kawad , rindu nak kasi command , rindu nak makan maggie petang2 ngan deme , rindu nak gelak2 ngan deme , rindu nak gossip ngan deme , rindu nak pergi koperasi and tandas dengan deme , rindu nak gelakkan orang terutama dekat si Kingo(kat sini aku jahat , suka kasi gelaran kat orang) and the most is aku rindu nak solat berjemaah dengan deme . Benda ni semua hanya tinggal kenangan and akan aku ingat sampai bila2 . Even nanti aku tak ingat nama kome tapi percayalah aku tak akan lupa wajah kome sebab aku bukan seorang yang mudah lupa wajah orang yang aku kenal dan sayang . Okay , kali ni memang panjang betul . Mesti bosan kan kome nak baca . Kesah pulak aku , haha ...So , disini tersedia tak seberapa banyak gambar disebabkan kelembapan internet macam kura2 baru lahir -.-'   . Btw , aku nak mintak maaf kat korang selama kita kenal ni aku ada buat salah atau terkasar bahasa . Aku mintak maaf sangat2 . And sorry kalau selama kita kat kem aku jadi ketua platun yang tak berguna atau tak bertanggunggjawab . Setiap manusia pasti akan membuat kesilapan kan . So , maafkan aku . Aku sayang korang sangat2 !!!! Lastly , aku tahu kenapa aku dapat dekat sangat iaitu dekat Tapah yang membuatkan aku merungut kenapa dapat dekat sangat, sebab kat Kem ni tak berapa panas , susun atur bangunan yang strategik and tak jauh sangat antara satu bangunan ke satu bangunan even berbukit bakau . Lagipun Allah dah temukan aku dengan kawan2 aku yang baik hati dan mamat hensem kat kem tu(Okay aku merepek) .And paling penting , Allah dah aturkan aku dekat sini dan Dia tahu kelemahan aku terhadap cuaca yang sangat panas dan kuat berpeluh , that's why Dia letakkan aku dekat Kem Sentosa Chenderiang Tapah . Thank You Allah ...


First Khidmat Komuniti dekat Kuala Woh Tapah ...
Gotong Royong bersihkan kawasan sungai ..


Tengah gotong royong tu , budak wira jumpa ular .
 Subhanallah , cantik sangat :)




Adele dengan Ika ..

Eycha dengan Izzah :D

Aku taktau nama dia tapi aku panggil dia Pengganas
sebab maa hari Pilihan Raya tu dia berlakon
jadi pengganas .

Persembahan dari Kem aku masa Sambutan Raya Cina kat Bidor .


Ni Nantha Kumar . Our Choreographer ...

Sebelah aku tu Lim .. Rindu dia ...

Dengan Cikgu Fatin ..

Ni Ketua KompeniWira Bravo ..

Ni Ameen . Budak laki paling rapat dengan aku waktu kelas Kenegaraan .
Dia baik gila and pandai . Budak MRSM Taiping lah katakan ..

Ni waktu kat Bidor masa Sambutan Raya Cina ...

Pagi waktu nak pergi Tali Tinggi :)

Ni Eycha . Dia memang sengal !


Ni lah Chinese dorm aku yang suka kiss orang . Annie , miss you :(






Semua khusyuk dengar cikgu kasi penerangan :)


Ni Muju . Ketua Platun Wira Alpha ...


Cikgu Iskandar , pujaann wirawati Kem Sentosa :D

Repelling :D

Flying Fox XD

Moon and Ihsan . Sweet couple ...









Wira Wirawati Kompeni Alpha


Eycha yang ambikkan . Ni pangkat aku .
Tak tinggi mana pun . Just Ketua Platun je ..

Otw nak pegi Balai Bomba dekat Tapah ...


Faizura . Ketua Kompeni Wirawati Alpha .
Seorang yang tersangat gelabah tapi ceria .
Aku rindu dengan gelabah dia tu :)

Dharshyini , Thines , Surekha and Pengem ...



Che pah dengan Intan ..


Cikgu Ariff

Me and Zyla ..

Aku taktau apa masalah Izzah kat belakang tu .

Baby Delta , Jimmy :)

Ni waktu Khidmat Komuniti dengan Bomba . Bapak bosan -.-

Cer tengok , muka cam Chinese padahal Melayu . Dinnul Bazli :)

Ni Bryan . Dia sangat comel :)

Ni Izzudin . Budak Tg.Malim sama dengan aku .


Daniel and Tan Pei Pei . Sweet kan ...

This is Kalai . Indian boy yang baik dengan aku waktu kelas CB :)

Ni lah Ustaz Azrin yang comel gilos tu !!



Sesi menyelamatkan orang nak bunuh diri . Nilah gayanya...




Before naik ke Padang Riadah untuk saringan Karnival Sukan ..

Ni Hawa .. Wirawati Terbaik Kem Sentosa Chenderiang Tapah .
Tahniahhhhh !!!

Bendera Alpha :D


Aku main Bola Jaring  as Goal Shooter (GS) .

Ustaz Azrin (macam budak kecik)

Pass bola kat Ika for shoot ..



Then pergi kat Bola Tampar and deme suruh ganti Lim .
Padahal nama aku takde dalam senarai pun  .
Bak kata Zue , "aku takleh main tanpa kau .
Kau datang terus kami semua semnagat ."
Okay , aku ni memang muka bagi semnagat kat orang ke ?
Kat skolah dulu pun aku macam tu jugak .. haishhhh -.-

Alpha Menang Bola Jaring and Bola Tampar untuk saringan pertama ...

Cikgu Kay :)


Halim , apa masalh dia aku pun taktau -.-




Dengan Abah a.k.a Cikgu Hisham ..

Apa masalah deme dua ni pun taktau ...


Ni Ying Ying (eh betul ke eja nama dia camtu) .
Dia ni anak makcik koperasi .
Sangat comel dan banyak cakap .
Dan dia ni sanagt aktif dan ceria ...
Rindu kat dia :'(

Ni masa Karnival Sukan ..

Our Mascot .. Iron Man :D
Sesi warm up before main ...

Aku main Bola Jaring time ni , jadi Goal Shooter (GS)waktu minit pertama and
Goal Attack(GA) waktu minit kedua .
Time ni ada sedikit pertengkaran antara Alpha dan Charlie ...

Lepas main Bola Jaring aku lari pi main Bola Tampar pulak .
Sayang gila , lagi sikit nak menang tapi disebabkan Kim Fong budak dorm aku
takleh nak serve sebab kena kacau dengan wira Bravo , mata banyak
dapat kat Bravo . Takde rezeki ....

ALPHA ---->LAPHA ?
Bolehlaa . Bolehlaaaa (ayat Pengem)

Aku dengan Zue . Aku ketua Bola Jaring and dia ketua Bola Tampar.
Dua2 dapat tempat kedua ...

Latihan nasyid sehari sebelum pertandingan ...
Agak tunggang langgang tapi masih bagus .
Dahlaaa kaki aku kena balut , ni semua sebab
kena sepak ngan sorang budak Charlie waktu main bola jaring .
Dah buat aku jatuh pastu sepak kaki aku .
Nasib baik kome menang ...

Kami solo untuk kumpulan kami :)

Ni Wani .. Ketua Kompeni Wirawati Bravo .
Seorang yang peramah dan sangat humble .
Dia jugak sangat ceria orangnya dan comel .

Waktu Pertandingan Nasyid .
Ni Wira Alpha ... Deme dapat tempat Kedua ..

And ni Kompeni aku . Maaf gambar agak kabur .
Kesilapan teknikal ... Yang pastinya aku tengah nyanyi time ni .
Kami pun dapat tempat kedua .



Alpha Naib Juara untuk Pertandingan Nasyid :D

Ni Eycha .. Pelakon terhebat untuk kompeni Alpha.
Dia kena berlakon macam orang patah kaki tertutup waktu
Pertolongan Cemas semasa Wirajaya .
Well Done Eychaaa ...

Zyla ngan Dhar antara pelakonnya jugak ..



Cikgu Rafie a.k.a Pak Doraemon .
Rindu akan ayat dia 'Okay Habis' & 'Jadi Tentukan' .
Hahaha

Che Pah , budak skolah rendah aku dengan Atikah ...

Aku dengan Brother Lim ...
Act , dia budak dorm aku tapi macam laki pun ada kan ..

Pengem atau nama sebenar Chelvi ..
Trademark:Bolehhlaa .,bolehlaaaa

Eychaaa andAdele.
Sama cantik sama cun .
Dua2 otak gila2 and tak cover cun :)

Muka macam Ajwad ...

Ihsan , budak kelas Kenegaraan aku .

Ni Nadzar , satu sekolah dengan aku tapi tak rapat sangat .
Sampai sini baru rapat .

Zue dan Raiz .
Cinta PLKN :)
Sesi korek lubang buat lubang sampah ..

Satu2 nya Chinese yang suka cakap 'aku' bila bersembang.
Ni KimFong .. Dan dia jugak suka peluk aku sampai aku nak
tercekik dibuatnya ..

This is Nana ataupun lebih dikenali sebagai
Anak Komandan kerana dia suka cakap macam Komandan .
Dia juga dikenali sebagai Beruang Comel .
Agak pelik sikit perangai dia tapi gila2 otaknya ...








I'll Miss This Moment :(


Budak Delta .. Antara yang rapat dengan aku
sebab selalu solat sama2 ...


Sebelah kanan aku tu Bobby and sebelah dia Wan .
Sebelah kiri pulak Kasyah and belakang tu Block .
Rindu nak sembang2 dengan Bobby .



Ni Moon . Budak Chinese kompeni aku  . Comelkan dia pakai tudung .

Macam kembar kan ? Ni pun budak Chinese kompeni aku .
Hope deme dapat Hidayah Allah ...



Zue , antara yang rapat dengan aku .

Zyla , Eyra and Izzah ...


Eycha, Izzah , Ika and Kasyah ..

Adele , Kasyah and Su Azrin ...

Komandan Kem aku .. Bapak sempoiii ...

Raiz , ni Zue punya .
Asal aku nampak kurus ?(Okay aku perasan)


Agak merepek disitu ..

Pintu dorm aku ...Bak kata Cicak , macam tadika ...

Ni yang paling penting , hahaha .
P/s:Gurauan semata2 .. Takde kena mengena dengan yang hidup atau yang sakit ..


Last Day pakai Baju Loreng . Last day pakai pangkat.
And last day before esoknya balik .
Sumpah aku rindu korang :'(




Hari last dengan Zue .. Rindu dia :(

Gambar last before naik bas balik rumah .






1 comment:

  1. wahh hbestnya dah habis plkn. Part kene kacau tu yang tak best tu. Kat sane takleh pakai fon ke? So cane amek gambar?

    ReplyDelete