Blogger Layouts
Kau Manusia Kau Tak Boleh Ada Semua ....
7/3/2015

Saturday, February 8, 2014

Hello UiTM Kuala Pilah :D

                                                 Assalamualaikum w.b.t ....

Wahh wahhhh ... Tengok last post aku , 17/3/2013 ? Makk aihhhh , dah lama rupanya and harini dah 9/2/2014 dah pun . Dah masuk tahun dah pun dan baru aku nak update blog aku ni . Nampak tak kejarangan aku mengupdate blog disitu ? Haha . Okay , seperti tajuk diatas , actually aku nak cerita pasal diri aku sebenarnya . Pada 16/11/2013 , Alhamdulillah aku selamat mendaftarkan diri sebagai student UiTM di Kuala Pilah , Negeri Sembilan . Taktau kat mana ? Cari dekat Google . Sehari sebelum pergi , serius aku macam berat hati nak tinggalkan segala yang ada dekat rumah . Yelaaa , aku rindu TV aku nanti kalau aku pergi . Dahlaaa dekat UiTM takde TV dan tak boleh TV macam dekat Unisel kakak dulu :( Pastu malam sebelum pergi tu phone aku tetiba buat hal , speaker tak mahu guna . Saje je phone aku kasi masalah dekat aku , tapi Alhamdulillah .. Berkat usaha kakak aku buat apa aku pun taktau , so phone tu dah okay balik . Esoknya hari pendaftaran , mak aihhh ... Sumpah pedalaman gila UiTM aku ni . Dahlaaa sebelum nak sampai UiTM aku ni , kome akan dialu2 kan dengan karpet berwarna coklat yang dihasilkan semulajadi oleh para lembu yang keluar dari bontot2 deme tu . Siap ada natural fragrance lagi tu .. Sabo jela aku kat sini . Lepas tu dekat sini , kome jugak akan dialu2 kan oleh burung layang2 yang akan merenjiskan air semulajadi jugak yang keluar juga dari punggung2 comel mereka tu . Sejenis cecair berwarna putih yang hanya orang yang bernasib baik sahaja akan kena renjisannya . Aku harap kome paham lah apa yang aku maksudkan . Dekat sini , aku dapat Kolej SM6 dimana kolej yang hujung sekali , serta rumah aku berada di tingkat 5 dimana tingkat atas sekali . Fuhhh , memang kurus aku stay sini lelama . Jarak kolej ke kampus memang sangat jauh bagi aku . Kalau jalan kaki , mengambil masa dalam 10-15 minit baru sampai . Sudahla jalan kat sini membukit , so memang agak penat . Lepas mendaftar , family aku tolong aku angkat barang dan kemas barang2 aku . Lepastu , kteorg makan bersama dengan makanan yang Mak , Kakak ,serta Adik masak malam before kesini . Thanks uolss :) Lepas makan2 , tibalah masa untuk family aku meninggalkan aku sensorang dekat sini . Waktu salam2 tu , Abah orang first aku salam . Aku nampak sebenarnya mata Abah berair tapi aku anggap yang mata Abah sakit kena cahaya matahari . Pastu aku salam Nenek , Kakak , Adik dan Baby . Mak orang last aku salam . Time tengah salam Mak tu , Adik cakap Baby nangis . Pastu semua orang nangis termasuk Abah walaupun terselindung dengan kaca mata RayBan hitam dia tu . Mak pun nangis jugak walaupun disebalik kacamata hitam RayBan dia jugak , dan aku sedih dengan ayat Mak 'Aku sepanjang nak hantar kau kesini , aku dah nangis' . Sumpah aku sedih gila dengan ayat Mak tu . Pastu aku senyum jela , takkan nak nangis jugak . Oh yee, time tu aku sorang je tak nangis even aku sedih gila. Tipu ah kalau air mata tak bergenang time tu , tapi aku tak nangis lah macam deme . Aku sedih jugak dengan ayat Adik , dia cakap 'Farah , kau tengok Abah . Abah tak pernah tunjuk dia menangis sebab anak2 dia tau . Kau tengok Abah nangis sebab sedih nak tinggalkan kau ' Time tu memang aku sedih sangat tapi aku taktau kenapa airmata aku ni degil taknak turun . Lepas salam2 buat kali terakhir , ternampaklah lambaian selamat tinggal dan lambaian selamat jalan disitu... Aku naik je atas , aku habiskan kemas barang mana yang tergendala tadi . Petang tu dalam pukul 4 petang aku kena turun sebab time tulah bermulanya MDS iaitu sesi orientasi bagi pelajar baru macam aku ni . MDS okaylah bagi aku even penat sebab macam tak cukup rehat . Kena bangun awal , tak dapat mandi sangat dan makan dengan keadaan tergesa2 itulah MDS . Alhamdulillah , kawan2 kat sini semuanya okay . Housemate serta roomate semuanya okay . Otak gila2 macam kawan2 lama aku . Tapi aku cuma nak cakap yang kita baru je kenal so memang semuanya baik dan indah , kita tengok lama sikit dan kome mesti akan rasa anoyying antara satu sama lain . Eh , apa aku merepek ni ? Kat sini aku belajar course Diploma in Science . Course ni sebenarnya takdelah susah mana cuma kena rajin belajar jela (ayat cliche) .Course ni sama je macam course masa kita belajar waktu SPM dulu cuma lebih dalam dan lebih luas dari masa kita SPM dulu . Course ni terdiri dari subjek Biology , Physics, Chemistry , serta Pre-Calculus . Ada jugak subjek Agama dan BI serta subjek Kokurikulum . Bagi sesape yang dapat PLKN masa dia 18 tahun dulu , dia akan dikecualikan dari mengambil subjek Koku atau lebih dikenali dikalangan pelajar UiTM sebagai HBU untuk first semester je . Err , dekat UiTM Kuala Pilah ni ada gymnasium outdoor , basketball court , futsal court , badminton dan tanah lapang untuk pelajar nak main frisbee or softball or maybe rugby . Dan dekat sini jugak ada satu bukit yang kalau kome naik bukit tu kome dapat view yang sangat cantik dan  indah jika diwaktu pagi dan petang . Dekat sini jugak ada ladang untuk pelajar2 course pengurusan ladang. Dekat UiTM Kuala Pilah ni cuma ada course Diploma Sains , Diploma Mikrobiologi , Diploma Pengurusan Perladangan , Diploma Tekstil , Diploma Teknologi Makanan dan kalau dulu ada Diploma Pengurusan Perniagaan tapi sekarang dah takde dekat sini . Budak Bisnes yang ada dekat sini pun cuma tinggal budak Part 5 dengan Part 6 je . Apa lagi yang aku nak cerita pasal UiTM Kuala Pilah ni ek . Haaa , dekat sini bagi aku makanan agak mahal tapi maybe tu harga standard untuk pelajar gamaknya . Bak kata para peniaga "student kan kaya" . Banyaklah deme student kaya . Kaya sebab pinjam PTPTN memanglah . Alhamdulillah sebab Mak aku masih mampu nak tanggung pembelajaran aku so Mak tak kasi aku pinjam PTPTN tu . Err , rasanya dah takde pape yang perlu diceritakan . Kalau kome nak tahu lebih lanjut pasal UiTM Kuala Pilah sila Googling . Hal ini kerana aku dah taktau nak cerita apa lagi . Okbai !

No comments:

Post a Comment